Wednesday, May 13, 2009

C.I.N.T.A

Kau hadir dengan membawa sejuta erti

Lirikan matamu yang memikat
Sentuhanmu yang lembut
Suaramu yang menyentuh
Perwatakanmu yang menyenangkan

Kau seolah olah tahu aku senantiasa merinduimu
Ingin senantiasa mendekatimu
Ingin senantiasa mendakapmu
Kerana kau begitu jujur, ikhlas
Suci

Kasihmu tak pernah berbelah bagi

Malam itu,
Kau memilihku
Aku memilihmu
Kita menjadi satu

Tidak akan ku singkirkanmu
Tidak akan ku menjauhi mu

Kau senantiasa mekar di hati ini

Kerna kau begitu tahu kau satu satunya cinta sejati

1 comment: