Wednesday, May 13, 2009

Dargus

Suara lantang kedengaran

Kemarahan menyala bak dirasuk syaitan

Penuh megah, penuh bara

Lidah tidak bertulang bagaikan senjata

Menjulang julang api neraka


Pendengaran dipekakkan

Matanya tajam bak menikam

Urat tegang, paras bengis, angkuh

Tetap teguh dengan pendirian

Nasihat ibu bapa tidak diperdulikan

Jauh nak pertimbangkan

Herdikan lebih diutamakan


Jijik.

Jijik penglihatannya

Ibu ayah yang lanjut usia diperkecilkan

Kerana sifat cinta makin membara

Buat gadis kacukkan menjadi utama

Langgar tatar susila, pupus budaya, agama dilupakan


Dargus dengan keputusannya

Akan berhijrah ke Amerika kerana cinta

Tinggal ibu ayah keuzuran dimakan usia

Hancur harapan, nangis tak sudah, ditanya mengapa

Kembalinya dengan ijazah bukan membawa barakah

Harapan dibakar, diremuk, dicerca,

Anak sendiri memakan dagingnya.


Wahai anak durhaka

Tahukah syurga letaknya dimana

Si ibu berkorban darah, menyusukan, membesarkan

Si ayah berbanting tulang mencari rezeki dan harta

Buat dikau menimba ilmu, capai cita cita

Namun balasanmu bak membunuh hidup hidup

Kau lupa dimana kau minta berteduh

Kau lupa jari jemarinya menyuap nasi ke mulut

Mulut.

Kerana mulut

Badan binasa

Di dunia kau perkasa

Di akhir zaman kau diselami dosa.

1 comment: